3.6.12

Ubat Penyakit Dengki

Assalamualaikum ^___^



Sering kali aku jeles tengok orang lain boleh share macam-macam dengan mak mereka. Sampai aku terlupa yang aku juga boleh share macam-macam dengan abah aku.

Sering kali aku jeles tengok orang lain dapat sambut besday mereka. Tapi aku terlupa yang bukan sambutan besar-besaran yang aku perlukan, doa itu yang lebih penting.

Sering kali aku jeles tengok orang lain rapat dengan mak mereka. Tapi aku terlupa yang walaupun umi jarang call aku, tapi umi tak pernah lupa gulai ikan patin masak tempoyak makanan kegemaran aku.

Sering kali aku jeles tengok kelebihan yang ada pada orang lain. Tapi aku terlupa yang aku juga ada kelebihan sendiri yang orang lain takde.

Sering kali aku jeles tengok orang lain beli barangan berjenama. Tapi aku terlupa apa guna pun kalau aku ada, tapi aku tak pakai.

*******

Ginilah manusia kan. Tak penah nak puas hati atau bersyukur dengan apa yang mereka ada. Selalu sangat nampak apa yang orang ada, tapi tak nampak pun apa yang diri sendiri ada. Sebab tulah pepatah melayu "kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak" wujud :p


Bak kata kawan aku, kita selalu cemburu melihat apa yang orang lain miliki sehinggakan kita membutakan hati kita untuk bersyukur dengan apa yang kita miliki :) piah piah, berubahlah piah =,=


p/s: Jeles dengan dengki, sama lah kan? Kan? err..

23.5.12

Hargai Nikmat Mata.

Assalamualaikum and hai semua!


Hari ni lebih kurang sebulan aku pakai contact lens. Eh takde lah pakai sepenuh masa pun. Kadang-kadang bila ada kelas malam or nak pegi kafe beli makanan, baru aku pakai. Plus aku tak 'kondifen' lagi nak pakai pi kelas waktu siang sebab lens aku beli ni takde power untuk silau. Power silau aku pulak memang rendah sangatlah kan. Hihi.


Since aku dah pakai lens (walaupun istilahnya kadang-kadang je pun pakai :P), memula tu ramai lah yang tegur. Yang tak tahan sekali tu, ada yang kata muka aku nampak cam muda. Oh maknanya selama ni aku nampak tua la ek? Grrr.. XD Masalahnya kan, bukan member je yang tegur, lecturer aku pun tegur sama. Katanya,"eh bukan awak pakai spek ke sebelum ni?"


And banyak jugaklah soalan yang kawan-kawan aku tanya bila tau aku pakai contact lens. Nahh aku listkan kat bawah ni..

1. Tak takut ke nak pakai contact lens ni?
Alhamdulillah, tak rasa takut pulak sebab aku ada satu keinginan dan sebab yang kuat untuk pakai contact lens ni :D

2. Awak beli contact lens online kan? Tak takut ke bahaya kat mata or kene tipu?
Alhamdulillah, setakat ni mata ok lagi. Insya-Allah kalau pandai jaga, tak jadi apa-apa :) And aku tak risau kene tipu ke ape sebab orang yang jual contact lens ni kawan blogger aku jugak. Walaupun tak pernah jumpa tapi adik dia belajar satu tempat dengan aku (apa kene mengena tah :P)

Aku beli contact lens dekat sinilah. Boleh sini.


3. Macam mana awak pakai contact lens ni? Macam ngeri je kene bukak mata luas-luas.
Nak tau tak, sebelum beli aritu, dekat seminggu jugaklah aku duk menggagau usha tutorial cara nak pakai contact lens lah, cara nak jaga contact lens lah, ahh macam-macam lah aku duk google sensorang :B Mula-mula nak pakai tu adalah dekat setengah jam jugak nak masukkan dalam mata. 

Oleh kerana mata ni belum biasa lagi dengan contact lens tu, berair-air jugaklah mata aku. Aku start pakai dua jam dulu pastu buka balik. Esoknya pakai empat jam pastu buka balik. Bila dah selalu pakai tu, mata aku dah macam selesa dah bila pakai contact lens. So kalau dulu setengah jam nak masukkan contact lens dalam mata, sekarang tak sampai lima minit je tau hihi :P


So kesimpulannya, practice makes perfect!


4. First time pakai contact lens ni apa perasaan?
Perasaan teruja! Hehe. Selalu je tersalah nak betulkan spek kat batang hidung. Terlupa pulak dah pakai contact lens masa tu :P Sekarang baru aku terasa nikmatnya punya mata T___T

5. Kenapa nak pakai contact lens? Pakai spek pun comel ape.
Percaya tak kalau aku kata aku start pakai spek since aku darjah dua. Doploh tahun tolak lapan tahun sama dengan dua belas tahun. Pehh lama betul. Kiranya kalau budak ni dah jahannam eh silap, darjah enam dah. Huhu.

Bayangkan kalau dah 12 tahun pakai spek, agak-agak koleksi spek aku dah ada berapa ye? Dekat 10 ada kot. Sebab selang setahun or dua tahun aku akan tukar spek. Sebab power dah makin meningkat bila usia juga meningkat *uhuk*

Oleh kerana begitu lama aku pakai spek, sampai aku sendiri dah lupa and tak cam muka aku tanpa spek. Serius lain. Dasat tak dasat tak?? :P Sampai aku terfikir, kalau aku nak kahwin nanti, takkan aku nak pakai spek jugak di hari perkahwinan ku yang bahagia itu??? Oh tidakkk...

6. Nape tak buat lasik je?
Banyak pulak duit aku kan huhu. Aritu aku usha kat Facebook Dr. Muhaya, katanya satu operation lasik tu saja mau cecah RM7k. Pehh tunggu aku dah kerja ada duit sendiri la pulak. So, kalau nak buat jugak lasik tu, kene cari suami kaya lah *tetiba*

******

Aku duk fikir kalau nak beli contact lens yang original tu, mahal sangat la pulak kan. Kat Temerloh aritu aku usha dalam RM300. Dah sama harga dengan spek aku je. Kat Terengganu pulak, aku tengok dalam RM140. Beza gila woi.. Tapi berbaloi lah beli yang original sebab pakej sekali dengan power+silau macam aku ni. Untuk masa sekarang, pakai lah dulu contact lens yang ada ni dulu. Kumpul duit nak beli contact lens yang RM140 tu pulak. Hah apa lagi kliklah iklan nuffnang tu! Kehkeh :P



SitiSafiyyah:
Andai kata mata itu kering, basahilah dengan air mata mohon keampunan :')