Ehem ehem cubaan untuk buat entry pendek lagi. HAha. Kalau perasan, entry saya dua tiga hari ni banyak kepada promosi dan pendek-pendek je. Takpelah sekali sekala encik idea pegi dating dengan kekasih gelap dia, kasi jela kan? heh okay, malam ni nak cerita pasal satu award ni. Wah masuk ni dah 16 award dah dapat sampai ade blogger tu cakap banyak betul dapat award. Hehe. Rezeki. Alhamdulillah. :)
*ehem taknak bagitau sape blogger tu :-P
Award kali ni datangnya daripada
::hAnYsApEk:: thanks tau awak. :) eh bila tulis name dia baru perasan nama apek tu. jap jap apek tu Khairul Fahmi ke??? kuikuikui
MARI JAWAP SOALAN DIA..!!
Ucapan Anda ?
Terima kasih terima kasih atas award ini. Terharu okay sebab kita baru aje kenal tuptup dah dapat award. Hehe. Kalau sape-sape nak bagi lagi dipersilalah yea. Takyah nak malu-malu ah dengan Siti. Haha.
Berikan 4 ciri gurl/boy idaman untuk dijadikan wife/husband
Oleh kerana saya adalah perempuan, jadi soalan yang lebih sesuai ialah ciri-ciri suami idaman. HAMBOI AKU BARU 18 LAH DAH TANYE PASAL SUAMI?? Ok abaikan. Mari kita lihat apekah ciri-ciri yang dicari oleh saya. ceh macam artis youu
Saya ni takdelah memilih sangat tapi cukuplah kalau lelaki tu ade 23jutaringgitmalaysia kat dalam bank islam, bank islam je tau bank lain takmo, pastu saya tak kisah sangat kalau dia cume bawak Lancer aje, lagi satu kalau si lelaki tu ade lima enam bijik banglo pun takpelah saya tak kisah sangat pun dan haa ni yang paling saya tak memilih sangat iaitu kalau time besday saya dia tak bagi hadiah lain selain dia hantar tiga lori coklat Ferraro Roche kat depan umah saya itupu dah cukup.
*HAHAHA agak-agak ade tak lelaki macam ni???
Berikan satu tips untuk kekalkan relationship korang dengan partner korang
heh soalan ni macam tak kene je nak jawap sebab tak bercinta macam mana nak jawap hoi. Ok abaikan. Based on my experience dulu lah kan, saya yakin dengan lirik ni abg aznil eh bukan, percaya pada pasangan masing-masing tu sangat penting. Ape jadah kalau awek kau nak cakap ngan member lelaki dia pasal presentation untuk kelas pun kau nak marah bai?? Aku tak paham ah dengan lelaki macam ni. Bajet ah mamat tu nak ngorat awek kau sangat. HAha. *nampak tak tips ni berbaur emosi??
Pernah anda jumpa doa pendekat jodoh & putus cinta?
Setakat ni tak penah jumpe. Tapi ustazah saya dulu pesan kalau nak lekat jodoh, ari-ari lepas solat jangan lupe doa macam ni, "Ya Allah, andai kata si dia itulah jodohku, Kau simpanlah dia untukku. Namun andai kata dia bukan untukku, Kau temukanlah aku dengan jodoh yang lebih baik."
*eh kejap apesal ustazah tu ajar bab cinta ni??
Letakkan 10 link pilihan anda & tell them they have won this award..
err..yang ni sape yang rasa menarik, bolehlah jawap pastu jangan lupe bagitau kat saya tau. Nak bace jugak. Hehe. SAPE TAK BAGITAU, SIAP AH.
YES siap jugak! :) Hoi jangan ingat year-end-sale pulak. Tau lah dah akhir tahun ni. Huhu.