26.4.11

Guru Kesayangan

Dalam banyak-banyak cikgu aku dulu, cikgu feveret aku (selain abah aku) nama dia Ustazah Siti Rahmah. Dia ajar subjek Nahu Sorof masa aku tingkatan 4 dan tingkatan 6 dulu. Oh sebelum tu aku nak bagitau, aku dulu ambik STAM.




Subjek Nahu dan Sorof best

Mungkin sebab aku minat bahasa kot. Ye, aku perasan tu sejak aku form 3. Masa aku PMR dulu, 3 bahasa yang aku belajar semua aku dapat A. Alhamdulillah masa SPM pon sama jugak. Nahu Sorof ni subjek tentang kaedah bahasa arab. ala lebih kurang macam belajar grammar english la.


Yang jadikan subjek ni best adalah guru yang mengajar tu. Ustazah Siti Rahmah ni memang aku respek sangat-sangat. Kalau tak silap aku, dia belajar kat UKM jek (sama macam abah aku) tapi cara dia macam dia belajar kat mesir. Aku suka setiap kali subjek dia sebab kalau dia mengajar tu nampak bersungguh-sungguh so aku pon ter'excited' nak belajar. Hehe.



Inspirasi untuk menjadi pendidik

Aku anak cikgu. So darah pendidik tu memang dah sedia sebati dah dalam diri aku ni. Hehe. Cuma ustazah ni membuatkan aku tambah-tambah rasa semangat nak jadi pendidik macam dia. Dia tak penah tak masuk kelas tanpa sebab dan dia sanggup luangkan masa untuk ulang balik tajuk yang kita tak paham walaupun dia dah banyak kali ajar.


Dan insya-Allah, bulan 9 ni aku akan jejakkan kaki ke universiti. Aku dah pilih untuk teruskan dalam bidang agama. Meskipun aku mungkin tak dapat jadi ustazah Bahasa Arab macam dia tapi aku harap aku dapat sebarkan ilmu yang aku dapat nanti kepada seramai yang boleh. Amin :)



Aku dah kecewakan guru kesayanganku

Kata orang, kalau cikgu tu cikgu kesayangan kita, mesti kita akan struggle untuk skor subjek dia kan? Tapi aku tak macam tu. :(


Dulu masa aku ambik STAM, aku kene ambil 10 subjek termasuklah Nahu Sorof ni. Siyes aku memang target nak dapatkan mumtaz untuk subjek ni sebab aku yakin aku dapat skor. Tapi sayang seribu kali sayang. Apa yang terjadi tak seperti yang aku harapkan. T_____T

Tengok 5 dari bawah tu :(


Lepas dapat result tu, aku jumpa dengan ustazah Siti Rahmah. Aku rasa macam nak nangis jek sebab sekadar dapat jayyid jiddan untuk subjek tu.  Tapi takleh nak nangis sebab ada umi aku masa tu. Aku luahkan kekecewaan aku dekat dia tapi dia senyum jek. Dia kata, takpelah takde rezeki.



Impian aku nak jadi seperti dia

Aku boleh kata yang aku sangat admire ustazah ni. Suka tengok cara dia bercakap, cara dia berpakaian, cara dia mengajar, cara dia dengan anak-anak dia. Terasa berbeza sangat dengan cara aku :'(


Aku harap satu hari nanti aku jadi macam ustazah Siti Rahmah tu. Setiap kali tengok wajah dia, teringat Allah. Dia tegas dalam berkata-kata tapi apa yang dia cakap tu ada point so ko takleh nak bertaki la dengan dia. She reminds me to my mom :')



"Selagi kita masih bernafas, selagi itulah kita masih belajar."
-SitiSafiyyah-



-Habis dah-
 Korang penah ada guru kesayangan? Jom tukar-tukar cerita pulak! Hehe :)

37 comments:

►AdamXis◄ berkata...

assalam...SS cuba sungguh2 lagi len kali k...wah lambat lagi bulan 9...tp better prepare apa2 yg patut...mental dan fizikal...gudluck SS.semoga dipermudahkan dlm setiap urusan.amin

Izzuddin Fauzi berkata...

Huaaa... Ak rindu semua ustaz2 dan ustazah kat khairiah... :D

myetech9[dot]com @ Enchik Nine

ainina jelani berkata...

uhukx, kalau usaha pasti dapat, tapi kalau xdpt tu, mungkin ada silap dimana2 ---->cikgu skolah dulu,selalu ckap mcm tu.sampai skang duk ingat.

Siti Safiyyah berkata...

@7040348476963448473.0
thanks adam. hehe. ye mmg lambat lg. itulah skang tengah kumpul duit dan siapkan persediaan mental dan fizikal utk duduk kat tempat org nanti. hehe

Siti Safiyyah berkata...

@Izzuddin Fauzi
jom3 datang khairiah balik! XD

Siti Safiyyah berkata...

@ainina jelani
nina, ko cakap gini sebijik cam ayat mak aku. huhu :p

cik aufa faqihah berkata...

"Selagi kita masih bernafas, selagi itulah kita masih belajar."

love this quote :)
itula kita kene slalu blaja daripada masa tak kira apa pun dia.
dan yg palinh sukar ialah belajar utk menerima, mamahami apa yg kita ada. dan alhamdulillah.

bila kita redha dgn apa yg kita ada kita akan bahagia :)

may rabb bless u dear ss ^^

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine berkata...

rindunye kat cikgu2 sekloh dlu.. dieorang ingat muka aku lagi ke x ek :(

Siti Safiyyah berkata...

@cik aufa faqihah
perghh ayat fa sangat berbunga2.. hehe. setuju dgn fa. nak terima tu yg payah kadang2. tapi ss akan cuba perbaiki lepas ni. :)

Siti Safiyyah berkata...

@2534876167889859498.0
jom3 kembali ke skola. kalo budak nakal, insya-allah cikgu ingat. hehe :p

Farhan AJ berkata...

betul tu.aku selalu teringat kat ustaz yg sellau bagi nasihat kat aku tu,dia lain dari guru yg lain

Jamban Comel berkata...

belajar sehabis yang boleh :)

ayie berkata...

wah bertuahnyee ustazah tu ada nak murid die yg ingat die..hehe

JIJI YU berkata...

pergh genetik guru ni..ahha..weh ko sekolah manenye dulu

Siti Safiyyah berkata...

@Farhan AJ
owhh.. feveret cikgu ko ustaz ek? cikgu yg terlalu istimewa kan? :)

Siti Safiyyah berkata...

@Jamban Comel
insya-allah emam :)

Siti Safiyyah berkata...

@ayie
dan bertuahnye ss dapat ustazah macam dia.. hehe :)

Siti Safiyyah berkata...

@JIJI YU
hak3 aku skola agama kat pahang. erk ko budak skola agama gak ke?

Alin berkata...

sy pun ada juga. guru matematik masa form 4. cikgu sbnrnya pratikal je tp tgk kesugghn dia mengajar tu membuatkan sy terus tertarik kpd subjek matematik, alhmdulillah dpt A1 buat pertama kali dlm hidup sy. selalu sy mesti fail tp disbbkn kan kesugguhan cikgu tu, kwn2 dpt bntu sy skor matematik :')

diana berkata...

percaya tak??
guru paling akak sayang masa sekolah dulu nama ustazah safiyah..:p

Siti Safiyyah berkata...

@Alin
yeke? wahh berjaya cikgu tu didik anak murid dia kan? ss dlu blaja dgn cikgu praktikal masa skola rendah jek. naik skola menengah dah tak merasa dah.. hehe

Siti Safiyyah berkata...

@diana
erk yeke kak? wahh bangga jap ss dengan nama safiyyah ni. kehkeh :p

Siti Nurhayati Dollah berkata...

Sayang semua cikgu, walaupun cikgu pendidikan jasmani dan taekwando sekali pun. Sebab mereka memberi ilmu yang dulu kita tak tahu.

* Selamat berjaya Siti Safiyyah. Semoga dapat apa yang dicita-cita dan diusahakan. InsyaAllah.

CikBulat berkata...

waaahh !tahniah dapat JJ.. nak msuk mana? USIM? UIA? HAHA Mesir?

CikBulat berkata...

waaahh !tahniah dapat JJ.. nak msuk mana? USIM? UIA? HAHA Mesir?

Siti Safiyyah berkata...

@Siti Nurhayati Dollah
terima kasih sis. ayat tu mengingatkan ss pada sorang lagi ustazah kat skola ss. dia tak ajar kelas ss tapi dia penah cakap macam tu dalam perhimpunan dulu. =)

Siti Safiyyah berkata...

@CikBulat
erk mesir memang tak lah kan. hehe. mintak ukm. doakan ss ye :)

fieha berkata...

salam..sy dulu pon penah kecewa mase spm..tapi masih di beri peluang untuk belajar..Insya Allah..belajar biar sampai ke liang lahad :)

Siti Safiyyah berkata...

@fieha
insya-allah. kita belajar dari kesilapan. tu yg penting. :)

nur aisya humaira berkata...

Aisya ada sorang cikgu best...nme dia wan raihan, da laa lawa baik plak tu...dlu aisya tak suka matematik,lps dia ajar aisya jdi minat giler ngan mat..:)

HAJAR hasan berkata...

segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. sama macam hajar, mse spm last year. target subjek chemist boleh A+. sbb, sangat suka dan sayang cikgu tu. but then, Alhamdulillah, dpt A je. almost, but still. tp, xpe. tu x pernah buat hajar putus asa walaupun sedikit kecewa.

psssttt: kadang2, apa yang kita mahukan, kte xkan dpt. pasti ada sebabnya.

cikguden berkata...

diorang tetap segar dalam ingatan...

CIK GADIS berkata...

ngeh3!aku pon xtau ada ka tak..tp rsanya ada kot sorg tuh cekgu bio aku..best gilos blajo ngn dya..tp bio aku spm mapos.. =((

miss ct berkata...

Assalamualaikum ss..
maaflah lmbt komen..line slow..
ada rezeki yg lebih baik utk ss nanti.. bila ss masuk universiti, ct nasihatkan agar ss persiapkan fizikal dan mental..krn budaya di U berbeza...ct doakan yg terbaik utk ss.. klu masuk UKM, bgtau lah ct.. =)

PEAH berkata...

x ramai org yg ambil stam. serius kamu hebat.

Kak Ram berkata...

Kakak tengah cari Guru bahasa arab untuk anak darjah 4... berminat tak? Call 0193540972.

@7413994593645566476.0

Kak Ram berkata...

Kakak tengah cari Guru bahasa arab untuk anak darjah 4... berminat tak? Call 0193540972.

@7413994593645566476.0