Tadi aku sempat tengok Bersamamu kat tv3 tu. Cerita pasal kanak-kanak sindrom down. Aku agak tersentuh masa ada seorang mak yang ada anak macam ni cerita masa mula-mula dia dapat tau yang anak dia sindrom down tu.
Adik aku sindrom down
Kalau korang penah baca blog aku dari dulu, aku penah gak lah beberapa kali cerita pasal adik aku ni. Aku ada adik seorang jek. Dulu aku penah ada adik lain sebelum adik aku yang sindrom down ni. Tapi sayang, dia tak sempat lama bersama dengan aku sekeluarga. Meninggal dunia masa umo dia 7 bulan.
Ada adik sindrom down ni kadang-kadang aku malu jugak. Malu bila diperhatikan orang. Dapat bayangkan tak bila setiap kali korang pegi kedai dengan adik yang macam adik aku tu, orang akan pandang pelik tengok adik korang yang tak macam budak-budak lain.
Sampai penah banyak kali budak-budak kecik setiap kali diaorang nampak adik aku, macam-macam diaorang tanya kat aku macam kenapa adik aku suka tekan-tekan mata dia...dia buta ke apa.. Ok aku pahamlah maybe lah budak-budak ni suka nak bertanya apa yang diaorang tak tau kan? So aku pon explainlah cakap yang adik aku ni tak sama macam diaorang sebab adik aku sindrom down.
Tapi tu dulu lah. Sekarang ada aku kesah?? keh3. Aku agak rapat jugaklah dengan adik aku sebab boleh kata setiap sabtu ahad umi aku jarang ada kat rumah so yang menjaga adik aku sape lagi kalau bukan aku ye dak?
Ni sekarang dia dah umo 8 tahun, dah masuk kelas pendidikan khas. Tiap-tiap hari aku lah yang hantar dan jemput dia balik sekolah. Sampai makcik kantin tu pon dah kenal aku sebab tiap-tiap pagi mesti nampak muka aku nak beli nasi lemak bungkus untuk adik aku. heh
Punca dapat anak sindrom down
Ini salah satu keyword yang aku penah dapat. Tetiba teringat lak biologi form 5. Dari apa yang aku penah belajar dulu, cikgu aku kata risiko untuk mendapat anak sindrom down tinggi bila usia si ibu melebihi 40 tahun ke atas. Dan kalau tak silap aku, sindrom down ni berlaku sebab kromosom terlebih. err.. ade yang bakal doktor kat sini boleh explainkan lebih detail?? =)
Tapi yang pastinya, bergaul dan sentuh kanak-kanak sindrom down takkan menyebabkan anak-anak korang pon terjangkit dengan sindrom down. Tapi bergaul dan sentuh kanak-kanak sindrom down akan buatkan korang lebih bersyukur dengan apa yang korang ada. =))
Ada adik sindrom down ni buat aku belajar
Belajar untuk bersabar. Sebab untuk faham apa yang dia nak tu bukan senang. Aku pon kadang-kadang ada lah sekali dua terlepas marah dekat dia. Tapi bila orang lain yang marah dekat adik aku, memang aku pantang. Even kakak aku pon, aku boleh sound balik.
Tapi dalam pada adik aku tu suka buat orang geram nak marah kat dia, satu sikap dia yang buat aku tak jadi nak marah bila kita marah kat dia, dia akan diam jek. Dia dengar jek apa kita cakap. Pastu slow-slow dia datang duduk dekat kita dan macam nak pujuk minta maaf la lebih kurang cuma dia tak reti nak cakap jek. heh siyes ah memang nak tergelak kekek dah aku.
Haaa...aku tabik dengan seorang lelaki india area umah aku ni. Setiap kali adik aku pegi gunting rambut dekat situ, dia tak penah amek duit bayaran. Nasiblah ko india. Kalau tak, dah lama jadi menantu abah aku dah. hak3
Kesimpulannya
Nasihat aku kalau korang ada adik sindrom down, toksah lah malu sebenarnye. Bak kata umi aku, kalau diaorang ni diberi pilihan, diaorang pon tak mintak untuk jadi macam ni. Dan ayat ni lah yang buatkan aku rasa bersalah sangat kalau termarah dekat adik aku tu.
Dan pada korang yang tak penah ada sedare mara yang ade sindrom down ni, nasihat aku janganlah korang keji budak-budak sindrom down ni. Sebab budak-budak sindrom down ni dijamin syurga. Kita ni pon belum komfem lagi masuk syurga macam diaorang tau.
![]() |
| Ini adik aku :') |

| erk ape ke pelik muke adik aku time ni? wakaka :p |

-Habis dah-
err.. aku agak panjang bercerita bila masuk cerita pasal keluarga aku. :')

45 comments:
betul ckp ss tu... sesungguhnya mereka lebih baik dari kita.. :syg SS ... :)
tak pernah tahu kak SS ade adik down syndrome. btw, hajar punya anak buah pun down syndrome. and skrg, kalau hajar x buat ape2. hajar tolong jaga dia. yang bestnya, sekolah dia tiap2 hari khamis akan buat aktiviti main bowling. comel je bila tengok gelagat diorg. teehee~
psssttt: sesungguhnya setiap orang punya keistimewaan tersendiri. tiada banding bezanya. ;)
ehh2,aisya bru nk cite pasal ni..tdi duk tgk bersama mu jugak...sakan adik firdaus tu menari..:)
untung ade adk istimewa ni ss, tambah2 klu kte syg die..sbb die akn mask syurga & kt akhirat nanti dia akn tarik 7 org yg buat baik dgn die utk maks syurga...:)
akak ada anak sedara
yang istimewa jugak..
sangt manja dan jadi
buah hati kami sekeluarga..:)
oh~~ <3 kalau layan atau main2 ngan dorang mmg asyik nak tergelak ja, sebab dorang macam budak2 :), erm abg marni sindrom gak, dah 27tahun dah tapi tu la antara yg bestnya sebab sampai bila2 pun family kami ada 'budak kecik' kat rumah. setiap kali ayah atau marni atau adik2 keluar rumah pergi kedai, MESTI beli cokelat atau toy kecik2 atau gula2 untuk dia, lepas tu bila kita balik ja dia mesti tunggu kat depan pintu sebab tahu ada orang baru balik dari kedai ngeh ngeh ngeh :D
adik ss ni mesti penghibur utama family gak kan? :)
sindrom down tu berlaku bila pasangan kromosom yg ke 22 tu x cukup..kromosom ada 23 pasangan menjadikan jumlah krmosom manusia 46..tapi pasangan yg ke 22 tu x cukup satu,so terjadi la sindrom down ni...untuk tomboi dan nyah lak,kromosom diorang terlebih..atau kromosom XY iaitu kromosom ke 23 tu abnormal sket..
apepun tahniah sbb berjaya jadi kakak yg perihatin..banyak pahala kalau kita menyayangi kanak2 macam ni :D
saya takleh tgk kanak2 istimewa mcm ni..nnt saya sedih..T_T
aku pon ada gak adek SD beb..skang bru umo 3 taon..bila dgr doc ckp bdak2 SD neyh xidop lma sbb bnyk pnyakit aku jd sebak woo bila tgok adek aku..rsa takot kdg2 nk ilang dya..sma cm ko gk,aku mula2 cm malu,tp skang xda dh.ngeh2!
p/s : sbtu neyh dya nk operate mata,doakn suma baek2! =)
diorang mmg istimewa.
tgok jugak bersamamu semalam.
abg sepupu jd cikgu pendidikan khas, dia selalu crita sal student dia.
dia kata rasa mcm nk nangis kdg2 tgok diorang tp diorang selalu buat dia gelak. :")
I will do special entry bout syndrome down soon. Follow me for more info, InsyaAllah :)
tersentuh sgt. :') terharu r baca post ni. ptt bersyukur kan org yg sindrom down ni.sbb dijamn syurga. :) jaga adik akk elok2 eh! ^^
tak perlu nk malu, mereka juga ada hati dn prasaan.. mrk perlukan kita.. smua tu anugerah allah.. biarje apa org nk ckp, nk kutuk atau apa..mulut org mmg xleh diam..
@4538119440087390399.0
tau takpe nad. kite ni pon belom tentu sebaik diaorang kan?
@HAJAR hasan
wahh siap main bowling tu.. best best.. itu mungkin yg dah reti berdikari sikit kot.. macam adik ni tak reti lagi.. hehe
@nur aisya humaira
sayang2 jugak tapi kdang2 geram gak dgn dia. nasib lah suke buat muke comel. hak3
@M.Y.H.A.S
ohh tak tau lak abg marni pon sindrom down. wahh dah tau ek ape orang akan belikan utk dia? hehe. yup, dia ni lah penghibur kitaorang. tak tau macam mana rasanya bila ss dah masuk u nanti.. hmmm
@Mohamad Farhan Bin Shamsuri
erk aku silap fakta la ek? ohh tak cukup kromosom la maksudnye.. got it.. ;)
@4012626926988464418.0
erk nape sedih? takmo sedih2. inilah wajah penghuni syurga tau. :)
@CIK GADIS
owh baru 3 tahun ke? samelah macam adik aku dulu. masa kecik2 dia kene operate mata gak. sbb nak masukkan lens dalam mata dia. semoga perbedahan tu selamat dijalankan. amin :)
@cik fza
ohh abg sepupu jd cikgu pendidikan khas ek? teringat sorang cikgu lelaki kat skola tu. setiap kali amek adik, mesti macam2 dia tanye pasal adik. haha
@The Medical Duo
orait, nanti ss bace. :)
@Aqua_nemo
itulah.. kita ni belum tau lagi masuk syurga ke tak kan? insaf kejap.. hehe
@Mr.Kerro
tau takpe MK. macam adik aku tu, kadang2 kita marah dia sikit jek terus dia nangis.. pastu takmo main dah dgn kita.. hu3 kuat betul merajuk dia.. hehe
@diana
samelah macam adik ss tu.. jadi buah hati pengarang jantung kami sekeluarga.. hehe
Assalam...semoga adik SS dipanjangkan umur...mana tahu suatu ari nnt ada ubat utk penyakit istimewa nie...bersabar banyak2 yer SS...banyak pahala dpt nnt.insyaAllah
@4431481850261496717.0
thanks adam. :)
orang kate, kanak2 istimewa macam dia ni umo tak panjang. so sementara dia ada ni, mehlah berbakti dgn dia kan? hehe
kadang kadang ai rasa ai sindrom down. dulu lah. sebab my mom lahirkan ai masa umur 30+
sekarang tak fikir macam tu dah. sebab ai normal =)
you brother cute. apa namanya?
p/s: jom tengok cool design rak buku kat blog ai :D
sume ade hikmahkan..
;)
sangat bertuah kamu mempunyai adik yang istimewa. Sesungguhnya Allah memberi dia kepada kita untuk menambahkan lagi kebaikan (pahala) pada kita. di sekolah saya praktikal terdapat kelas pendidikan khas. saya suka bermain bersama kanak-kanak istimewa ni . mereka manja tapi ada kala agresif. keletah mereka sangat menghiburkan. (:
aku takde adik :(
anak buah sy ada SD...dia sgt comel dan sy sygkan dia sgt2...kte kne bela nasib mereka yg SD nie..insyaALLAH ada keluarga disisi yg memberi sokongan n kasih syg mereka akan dpt menjalani idup ini dgn baik n normal cam org lain yg normal.
Mereka juga anugerah Allah..sayangi mereka.
Mereka juga anugerah Allah..sayangi mereka.
aku rasa nak nangis der ss ni. kesian kat mereka. jaga adik ss tu elok2 ye. :)
*tak terkata aku
@Amoi
ohh mujurlah normal. hehe. nama dia mohd zakiy fikriy. :)
@cikbelog
bab agresif tu ss setuju.. badan masing2 boleh tahan besar jugak.. ade tu lagi besar dari cikgu dia.. hehe
@Yuni Aisyah
alhamdulillah, famili ss boleh terima dia seadanya. even sepupu2 yg kecik2 tu pon boleh diharap bila kitaorg mintak tolong tengok2kan adik ss ni.. :)
@whitecappuccino
insya-Allah ciknor.. selagi hayat dikandung badan, ss akan jaga dia sebaiknya.. amin :)
@ainina jelani
erk rilek ah der.. hehe. thanks beb. :)
mata akak pun dah berkaca ni...baca entry ainina jelani katanya dia nak nangis...akak pun turut nak nangis...cool2..pujuk hati...
semoga SS tabah dan jaga adik elok2..
Salam,
Anak kedua saya, juga sorang Sindrom Down, lahir ketika usia isteri saya baru 29 tahun..memang telah ditakdirkan oleh Allah kami mendapat anugerah yang amat bernilai dan istimewa. Tak semua orang mendapat anugerah ini. Kami amat bersyukur, kerana tanpa kelahiran anak istimewa ini, mungkin kami tidak tahu dan tidak akan ambil tahu tentang hikmah di sebalik semua ini. boleh baca posting saya di:
http://www.ahmadhumaizi.com/kisah-daku/sindrom-down-istimewa/
terima kasih.
dorg ni anugerah Allah, beruntung sapa yg ada ahli keluarga SD, adik bongsu sy SD..org kata klu ada anak SD murah rezeki parents..betullah...asal dia jln p mn2 ada jak org bg mknanan, duit..best. sy sebagai kakak seronok..
ss kita perlu bertuah sebb d kurniakan adik mcm mereka..tak perlu malu dgn manusia.hihihihi

klu ikut science bende ni jd sbb kromosom yg abnormal.ermm.. bkenaan fakta budak2 istimewa mcm ni x hidup lama, mungkin ada betulnya jgk tp semua tu atas kehendak ALLAH. ade je yang hidup sampai sekarang umo dekat 50 tahun..
perkongsian yang jarang orang lain kongsikan =)
Catat Ulasan