Assalamualaikum ^___^
Dapatkan majalah Solusi isu no. 40 hari ni jugak! Lebih-lebih lagi kalau korang:-
1. adalah lelaki yang nak sangat ikut sunnah Nabi (berpoligami tapi sunnah lain taknak ikut)
2. kaki sosial di laman sosial
3. mengikuti trend hijabista
4. tercari-cari buku/novel yang menarik untuk dimiliki
5. memiliki anak istimewa (anak kelainan upaya)
Well, Solusi tak pernah mengecewakan. Kan? Kenapalah aku tak kenal Solusi sejak aku dari sekolah menengah lagi? Jadi, bersyukurlah adik-adik kalau dah jumpa Solusi sebelum umur adik-adik 18 tahun.
Semua isi dalam Solusi best untuk dibaca, tapi aku sangat tertarik yang no. 5 kat atas ni. Yes, anak istimewa. Oleh kerana aku ada pengalaman mempunyai seorang adik lelaki yang mengalami Sindrom Down dan aku rasa tak ramai yang ada pengalaman ni kan, so boleh aku share sikit apa yang aku dapat dari Solusi isu no. 40 ni? Oh ya, korang boleh lihat pasal ni dekat muka surat 30 dan 31 ye.
Ada 6 panduan yang sangat perlu anda tahu sekiranya anda berdepan/mempunyai anak/adik-beradik istimewa sebegini.
1. Buangkan jauh-jauh rasa terhina
Selama adik ada, tak pernah lagi ada orang ejek/hina/kutuk aku sebab ada adik istimewa. Tapi diaorang lagi excited nak layan adik aku adalah. Tapi kadang-kadang terasa dihina bila wujud orang yang jenis tak reti nak cakap sopan. Misalnya; "eh adik awak yang cacat tu dah besar dah?"
Pada mata orang yang tak punyai anak/adik beradik istimewa, mereka takkan rasa bahawa perkataan cacat itu seperti menghina. Tapi bagi kebanyakan kami yang ada, terasa seolah-olah dihina. Seriously. Jadi, pembaca budiman, marilah jaga mulut kita sama-sama. Kita jaga mulut kita bila bercakap dengan orang, insya-Allah orang pun akan jaga mulut bila bercakap dengan kita :)
Pada mata orang yang tak punyai anak/adik beradik istimewa, mereka takkan rasa bahawa perkataan cacat itu seperti menghina. Tapi bagi kebanyakan kami yang ada, terasa seolah-olah dihina. Seriously. Jadi, pembaca budiman, marilah jaga mulut kita sama-sama. Kita jaga mulut kita bila bercakap dengan orang, insya-Allah orang pun akan jaga mulut bila bercakap dengan kita :)
2. Anak adalah anugerah
Abah selalu cakap dekat aku; "Adik tak minta untuk jadi kanak-kanak Sindrom Down. Jadi layanlah dia elok-elok." Baik abah baik. Abah cakap macam ni sebab aku bukanlah perempuan yang pandai melayan budak-budak walaupun ada kawan-kawan aku cakap muka aku ada wajah keibuan.
3. Layan mereka seperti anak yang lain
Tok selalu bising cara kami layan adik. Sebab kata tok, manjakan sangat adik tu haha. Mana taknya, adik umur 9 tahun tapi perangai dia macam 4 tahun. Itu yang suka sangat layan dia manja-manja. Nak pulak adik anak bongsu. Lagilah menyerlah kemanjaannya.
4. Bawa ke majlis yang boleh disertai
Sayangnya, adik tak boleh :( Teringat hari aku nak balik ke Terengganu aritu, sempatlah singgah kat kenduri kahwin kawan mak ayah aku. Keluarga diaorang pun ada anak istimewa jugak. Tapi, anak dia boleh berdikari. Comel sungguh duduk makan kat meja dengan penuh khusyuk hahaha. Serius comel. Rugi pulak tak ambik gambar aritu.
5. Beri latihan apa yang mampu dibuat
Yang ni, kami agak lambat bawak adik pegi terapi. Patutnya dari dia kecik lagi. Tapi takpelah, biar terlambat daripada takde langsung, kan? Haa, aritu teman umi bawak adik pegi terapi kat hospital. Ya Allah, excited betul adik masa tu hahaha. Tempat tu pulak luas, lapang pastu penuh dengan mainan. Suka betul adik sampai taknak balik :D
6. Beri pelajaran dan didikan agama
Satu perkara yang bagus pasal adik, walaupun dia tak reti sebut nama kakak-kakak dia atau tak reti nak cakap; "Kak ti, nak makan kek batik!" tapi adik reti sebut Subhanallah, Lailahailallah dan seumpama dengannya. Hebat tak? Hihihi. Ini semua pengaruh Indahnya Iman kat Astro Oasis tulah dan menjadi penyebab kenapa abah takleh berhenti langgan astro.
Jadi, begitulah pengalaman aku sebagai kakak kepada kanak-kanak Sindrom Down :)





